Pages

Tuesday, February 19, 2013

Mencuri Tidak Kira Waktu

Pagi tadi selepas melawat beberap sahabat di alam maya, saya pergi melawat pula sahabat di alam nyata yang merupakan jiran sebelah rumah.  Jarang sebenarnya bertandang ke rumahnya kerana kesibukan yang sentiasa melanda diri ini.  Saya pergi dengan ditemani seorang sahabat, juga jiran sebelah rumah.

Pada mulanya kami berborak tentang kucing, bunga, pasu pecah, mesin basuh, air dan kemudian cerita mengenai pencuri. 

Sahabat 1 : Akak sedang stress bah ni sekarang.  
MaMaRey  : Kenapa kak?..
Sahabat 1Air tiada sebab kepala paip luar tu patah..Nda boleh putar.  Mungkin ada orang cuba tolong tutupkan sebab paip akak bocor.  Atau mungkin patah kena pijak sebab pencuri pernah panjat sana..
Sahabat 2 : ya ka..Mau hati-hati sekarang..Siang-siang pun ada pencuri tau..Baru minggu lepas rumah jiran kita kena masuk pencuri..
MaMaRey  : ya ka..nda tau pula saya..(<---- tidak prihatin langsung huhu..)
Sahabat 2  : eiyaa...Siang hari pencuri tu masuk....Habis kunci mangga pintu digunting, dikopek, dicungkil..

Menurut cerita akak itu lagi, pencuri pecah masuk rumah selepas si isteri keluar pergi bekerja.  Suami pula yang sedang tidur tidak menyedarinya dan menyangka jiran sebelah sedang bertukang.  Agaknya terlalu penat bekerja sampai tidak menyedari bahaya sedang berlaku.  Rasanya selepas berlakunya kejadian, tuan rumah itu mungkin menjadi lebih peka lagi terhadap bunyi-bunyi serupa bertukang.

Sebelum ini pun pernah dengar kes pecah rumah kawasan kejiranan saya.  Beberapa kes pecah rumah berlaku di siang hari ketika penghuni rumah tiada.  Bijak si pencuri mengatur strateginya.

Pernah juga ada kes, lori jiran saya telah dicuri.  Berlaku sekitar jam 5 pagi, beberapa minit sebelum waktu kebiasaannya turun kerja.  Sebelum ini tayar lorinya pernah dicuri tapi dia tidak menyangka pula lori sebuah, milik syarikatnya telah diangkat sekali.  

Pencuri sekarang tidak kira waktu bila mencurikan...  Agaknya Pencuri-pencuri ini memang sudah lama memerhatikan mangsanya.  Hanya tinggal menunggu masa sahaja untuk melaksanakan aktiviti jahat mereka itu.

Beberapa Tips Mengelak Kecurian dirumah:
  1. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur.  Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka.
  2. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk.
  3. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam kerana ada bunyi mencurigakan, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  4. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju.
  5. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
Untuk lebih banyak tips lagi, boleh baca sini.

Harap-harap tiada lagi kejadian akan berlaku.  Risau juga sebab kes berlaku di kawasan tempat tinggal saya.  

45 comments:

  1. Pencuri mencuri tak kira waktu skang nih.

    ReplyDelete
  2. kadang2 tu masa kita tengah lalai la depa duk mencuri..huhu..so kena la peka dengan keadaan sekeliling n tak amek mudah bila nampak sesuatu o seseorg yg mencurigakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Nana..pernah juga sy ternampak sebuah van putih parking depan rumah..memang mencurigakan sebab belum pernah tengok orang dalam van tu..

      Delete
  3. Rumah saya pun tahun lepas kena pecah masuk. Pencuri pakai acid letak dalam mangga. Macam-macam teknik pecah Rumah zaman sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..jahat betul pencuri tu..ada saja caranya untuk pecah msuk..kena hati2 selalu

      Delete
  4. bahaya pun tak berbau sekarang ni haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Moss..bila2 masa kecurian akan berlaku..

      Delete
  5. Assalamualaikum Mama Rey

    terima kasih

    ReplyDelete
  6. haihh macam2 kisah pencuri sekarang ni.....kecut perut jadinya. mungkin kah dah sampai waktunya laksanakan hudud,makin menjadi2 pencuri dan perompak ni kat tempat kita. Kat brunei skrg tengah dalam perancangan nak laksanakan hudud dan perundangan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ya ka CeqGu..mesti ramai pencuri yang akan bersara kan.

      dengar berita sahabat saya ni pun kecut juga sebab rumah yg dipecah masuk tidak jauh dari rumah saya..

      Delete
  7. Nice tips Sis ^_^
    Memang sekarang nie banyak betul pencuri kan...
    Ada jak taktik dorang mau mencuri bah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah..pandai buat rancangan dorang ni..tiada kerja lain selain mencuri..

      Delete
  8. Bahaya tu.. Mama rey pun kena hati hati selalu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Aisy..risau juga..tambah2 lagi ada anak kecil ni

      Delete
  9. NAUZUBILLAHIMINZALIK..TAKUT JUGAK DGR KES CURI NI..KALAU CURI JER TAKPER TP ADA TU SAMPAI MENCEDERAKAN TUAN RUMAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la BJ..tapi nasib baik tuan rumah tak apa2..

      Delete
  10. hebat betul pencuri zaman skrg.. bhaya sgt2.. hati2 sll MamaRey :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Cik LuLu..
      kadang dorng ni mencuri ada geng bah..lain yang masuk rumah lain yg menunggu di keta

      Delete
  11. Salam,
    Malang tidak berbau...Kena berwaspada setiap masa. Jika dah tinggalkan rumah...tawakal jer la.
    Jiran juge amat penting, merekalah yg terhampir utk melihat dan mengawasi rumah anda semasa ketiadaan anda. Kenali dan berbaik2lah dgn jiran ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam BM..
      tq BM..jiran memang sangat penting..setiap kali keluar rumah kena pesan dgn mereka..

      Delete
  12. Siang2 hari depa buat kerja sekarang, memang tak tau takut dah depa ni. Memang la menakutkan tambah2 kalau kita perempuan kat umah ngan anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap..betul tu Nastyna..lutut ni bergegar juga kalau dengar kes kecurian kawasan kediaman kami ni..bukan sekali berkali2 juga..

      Delete
  13. pencuri skrg ada peluang jer mmg hbis rumah mangsa dikerjakan..agaknya mmg berullah depa dok perhati mangsa selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencuri tunggu masa sesuai saja mencuri..bila namapk saja peluang memang tak akan dilepaskan..

      Delete
  14. Ramai orang jahat kat luar sana..semoga kita semua sentiasa dilindungiNYA..

    ReplyDelete
  15. mak sy pernah hilang beg.. mak sy letak beg tgn tu dlm kereta.. mak sy pergi masuk dlm jap nak ambil barang, keluar2 dah tak ada.. nasib baik xde beg dompet dlm beg tangan mom tu... bhy betul sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh memang bijak betul pencuri tu..cepatnya dia mencuri..
      nasib baik la juga mak Ainaa tak diapa2kan..

      Delete
  16. Isk! takut sy dengar Mama Rey.. tempat sy ni pun sllu terjadi kecurian..tak kira lah siang atau mlm. kena lebih berhati2 sbb mcm2 taktik yg depa guna kan..
    TQ sharing:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah Atie..mcm2 taktik dorang ni guna..dorang tu mungkin intai2 lama sudah bah tu..tinggal ambil peluang saja mau mencuri..

      Delete
  17. tips yg bagus & kena lebih hati2

    ReplyDelete
  18. nice tips mama..thanks for sharing..rumah sewa saya pon pernah masuk pencuri..habis dia geledah..dah jadi tokang pecah rumah tu..kejadian tu masa hari raya..semua orang balik kampong..nasib baik kami semua buat balik barang berharga..termasuk laptop..dah berhati2 lepas nie..sebab dah kena..huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahayanya NL..kesian juga NL..pencuri tu agaknay dah tau NL nak balik kampung beraya..

      Delete
  19. Mo hati2 bah sekarang ni...bahaya betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya bah..hati2 selalu..kalau keluar rumah tawakal saja la..

      Delete
  20. bahaya betul sekarang ni...kena lebih hati2

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)