Pages

Friday, January 25, 2013

Sambal Tempe

Menu tengahari tadi, Sambal Tempe.  Selalunya saya cuma goreng kering dan makan begitu saja.  Kali ini pula masak cara lain sikit.  Teringin mahu makan yang pedas sedikit hari ini.  Kongsi dengan korang..Semoga korang terliur walaupun nampak tidak sedap..hehehe...

Sambal Tempe
Bahan-bahan:
  1. 2 bgks tempe
  2. cili 5 biji (dipotong kecil)
  3. 5 sd bsr sos cili 
  4. 1 sd bsr sos tiram 
  5. 1 sd kecil asam jawa
  6. 4 sd bsr susu cair 
  7. 3 bj bawang merah (dihiris nipis)
  8. 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  9. gula, garam ikut rasa hati korang
Cara-Cara Memasaknya mudah saja:
  1. Tempe dihiris nipis-nipis macam pic diatas.
  2. Goreng tempe dalam minyak yang panas kemudian angakat dan toskan.
  3. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam kuali hingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, asam jawa dan susu cair. Gaul hingga pekat.
  5. Masukkan tempe goreng dan cili yang telah dipotong-potong kecil-kecil.
  6. Jangan lupa masuk gula dan garam.  Ikut rasa hati korang.  Gaul sebati dan siap.

Suka makan tempe ini sebab rasa rangupnya bila digoreng dan juga berkhasiat.  Antara khasiatnya ialah boleh menurunkan kadar kolesterol, mencegah osteoporosis, mampu menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.  Baca di sini tadi.

15 comments:

  1. sedap la ni mama... Farah pulak jadi terliur...

    ReplyDelete
  2. huish sedapnyaaa tempe. huhu.

    jom! http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/2013/01/siapa-berani-sahut-cabaran-wonder-glow.html :)

    ReplyDelete
  3. saya hari tu nak beli, tapi dia jual pakej berkilo2. mana larat nak habiskan. tapi ni terliur pulak dah haii.

    ReplyDelete
  4. Tempe...peberetku. Terus terasa lapar.
    Resepi ni xpernah pulak rasa, ada mase teman cube.

    ReplyDelete
  5. hehehe..nampak jer tak sedap, tapi kalau pandai masak memang sedap la..H paling suka tempe goreng..tempe goreng is the best..:D

    ReplyDelete
  6. tempe!!!.... sampai sekarang saya masih tak pandai makan tempe

    ReplyDelete
  7. kak zu suka makan tempe tapi tak tau nak masak camner..bukan orang jowo..hehe

    ReplyDelete
  8. sambal tempe? sedapnya... dah mula rasa rindu kat tempe, huhuhu

    ReplyDelete
  9. Saya kalau makan tempe kadang2 memang suka.. Tu yg kalau beli utk masak sdiri saya bli sikit je,biar habis terus.. Kalau makan bekali kali terasa tak leh telan pulak..

    ReplyDelete
  10. rasa nak cuba je..senagn je tengok resepi dia..:-)

    ReplyDelete
  11. intan pon suka tempe2..sedap.tq resipi.kekadang suka goreng kunyit je garing2 cicah dengan sos cili.fuh sedap

    ReplyDelete
  12. Tempe ni bagus untuk kesihatan Mama..selalu jugak makan kalau goreng dengan ikan bilis ..sedap!!!

    ReplyDelete
  13. Nak buat untuk anak tak buat buat lagi.

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)