Pages

Thursday, December 6, 2012

The Walking Dead (TV Series)

sumber:google

Mula-mula dulu tidak berapa tengok Siri Drama The Walking Dead ini.  Tapi melihat suami suka sangat tengok sampai tidak  berganjak depan tv saya pun tumpang sekaki tengok.  Selepas tengok  dua tiga siri rasa minta pula mahu mengikutinya. 

Drama ini memang mengerikan dengan zombie yang bermuka buruk sentiasa menunggu mangsa untuk dimakan.  Budak-budak 18 tahun ke bawah memang tidak berapa sesuai tengok dan juga yang penakut hehehe...


Tengok cara membunuh zombie pun mengerikan.  Kena tepat pada kepala baru zombie itu mati. Kalau kena gigitan zombie comfirm bertukar jadi mayat hidup.

Siri drama thriller The Walking Dead ini sebenarnya diadaptasi dari buku komik Robert Kirkman yang sama tajuknya dan diarahkan oleh pengarah terkenal Frank Darabont


Apa yang menarik ialah semangat berkumpulan mereka dan pelbagai konflik di antara mangsa-mangsa yang terselamat dari serangan zombie.  Apa yang teruk sekali ialah ketakutan mereka terhadap orang-orang hidup yang lebih berbahaya dari zombie tersebut. 



   sumber: youtube

The Walking Dead season 3 episode 4.  Bahagian yang menyentuh hati bagaimana pengorbanan seorang ibu melahirkan anaknya iaitu Lori.  Lori meminta Meggie membelah perutnya bagi menyelamatkan bayi dalam kandungannya.  Rasa tidak sabar menunggu kemunculan episod baru febuari 2013.

5 comments:

  1. mun xpenah lagi tgk cite ni..tp rmai yg kate bes..

    ReplyDelete
  2. Macam cite zombie kampung pisang ek!

    ReplyDelete
  3. season 1 tu tidak bepa tengok..season 3 tengok habis..best citernya

    ReplyDelete
  4. Ramai cousin dan kawan-kawan cakap drama nie best tapi Wilma belum berkesempatan nak tengok ^_^ Tapi, rasanya Wilma tak boleh tengok drama nie...Coz Wilma takut tengok drama macam nie...Hehehe...

    ReplyDelete
  5. hehehe..kalau takut baik jangan..part bunuh zombie tu memang mengerikan

    ReplyDelete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)