Pages

Saturday, December 22, 2012

Pisang Sabah

Pisang ini jiran sebelah yang beri.  Alhamdulillah rezeki dariNYA.  Orang biasa panggil pisang ini Pisang Sabah, Pisang Nepah dan ada lagi yang saya tidak ingat namanya.  Orang kata nama Negeri Sabah ini berasal dari perkataan "saba" iaitu Pisang Sabah yang gambarnya dibawah.  


Pisang ini sedap kalau dimasak jadi pisang goreng.  Biasanya pengusaha-pengusaha gerai-gerai makanan yang menjual pisang goreng disini menggunakan pisang ini.  Tapi oleh kerana pisang ini masih mentah maka saya masak jadi kerepek pisang.  

Mudah saja buat.  Kupas kulitnya kemudian isi pisang dihiris nipis-nipis memanjang samada menggunakan pisau atau alat penghiris.  Saya tidak ada alatnya jadi hiris gunakan piasu saja.  Lepas pisang dihiris celup dengan air gula kalau mahu manis.  Kalau mahu masin celup dengan air garam.  Lepas itu goreng sampai kekuningan, angkat dan sejukkan.      

Sedap dimakan bersama keluarga sambil tengok tv atau makan semasa minum petang.

12 comments:

  1. wah , macam tu rupenye nak buat kerepek pisang . hanan suke :)

    ReplyDelete
  2. wah , macam tu rupenye nak buat kerepek pisang . hanan suke :)

    ReplyDelete
  3. wahh senang rupanya nak buat kerepek pisang.asyik beli dah siap je tak penah nak buat. mekasih mama rey..ti mama zura nak buat! ;)

    ReplyDelete
  4. Ada org kata pisang ni jg di panggil pisang siam..hehe..
    mcm2 kan.. tapi di Sabah mmg guna pisang ni buat pisang goreng:)

    p/s: MamaRey, duk Sabah ke?
    area mana? sy di LD :)

    ReplyDelete
  5. tatau nama2 pisang nih..hehe..semua sy paggil pisang je

    ReplyDelete
  6. Nak sikit kerepek pisang... Rajinnya mamarey ni... Saya suka yang goreng biasa je, yang sira gula jarang sikit nak makan..

    ReplyDelete
  7. enak buat pisang goreng nih mam rey :)

    ReplyDelete
  8. sebut pasal pisang nani kenal pisang lemak manis je. yg lain tu xthu nk beza mcm mne. pisang nangka dpt beza by rasa.. tapi nmpk pisang sambar je even tak thu name apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mau membeli pisang sabah ni tolong siapa yg ada menjual

      Delete

Pounsikou Tambalut
Terima Kasih Sahabat

Sudi Baca Sudi komen....
Komen jangan malu-malu ya...(^_~)