YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, July 5, 2016

SELAMAT HARI RAYA 2016

Ramadhan meninggalkan kita..Sedar tak sedar dah nak menjelang raya. Macam sekejap saja rasanya. Berblog pun dah nak hampir empat tahun. Terhenti untuk beberapa lama. Namun hati masih rindu-rinduan berblog hehe.. Pada yang masih setia datang ke sini.. terima kasih saya ucapkan. Sayang korang semua. Walaupun ada yang tak terbalas jejaknya namun masih berkunjung di sini.

Buat  sahabat blogger dan G+ saya semua saya ucapkan Selamat Hari Raya 2016. Moga syawal pada kali ini membawa keberkatan dan kerahmatan buat kita semua. Moga bertambah erat silaturahim antara sanak saudara..sahabat dan semua. Kalau nak beraya tu kurang-kurangkanlah handphone di tangan. Kurangkan whatsapp..kurangkan fb..kurangkan instag.. Lebih-lebih lagi pada yang jumpa setahun sekali sahaja. Masa inilah kita cuba eratkan lagi silaturahim antara sesama. Media sosial..anytime kalau nak update (^~)

Pada yang akan balik kampung..semoga tiba di destinasi dituju. Berhati-hati semasa berada di jalan raya. Pandang kiri pandang kanan..jangan pandang belakang hehee..Biar slow asalkan selamat. Selamat sampai semua pun happy.. (^^).. Pada adik-adik jangan nakal-nakal main mercun.. Bahaya!!.. Jadikanlah hari raya kali ini penuh dengan makna..

Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin buat semua.. 😊😊

Tuesday, April 26, 2016

BERAS BUKIT



Beras bukit dari kampung, di kirim oleh ibu. Terima kasih ibuku.

Jarang dah makan beras bukit sekarang. Selalu makan beras beli dari kedai sahaja. Kali ini alhamdulillah dapat lah juga merasa beras bukit yang baru di tuai.  

Parai Wagu

Bentuk berasnya pendek berbanding beras yang saya selalu beli di kedai. Masa kecil-kecil dulu saya suka makan jenis beras ini. Wangi..sedap berlemak. Orang kata beras bukit banyak khasiatnya. Tapi saya kurang pasti apakah khasiatnya. Yang saya tahu ianya memang sedap bila di makan masa panas-panas.

Kalau di kampung saya Beras Bukit ini di panggil PARAI WAGU. Parai itu ialah Padi dan Wagu itu Baru. Mereka tak akan sebut Beras Baru Tapi Parai Wagu. Maksudnya, padi yang baru dituai.

Kalau dulu sewaktu masih kecil, sempat juga merasa bagaimana cara menuai padi bukit atau PARAI TIDONG yang hasilnya akan menjadi beras seperti di atas. Dengan menggunakkan satu alat kecil yang dipanggil Langgaman padi dituai secara kerjasama dari orang kampung. Bukan mudah dan bukan senang yang difikirkan. Ianya memerlukan kekuatan fizikal semasa menuainya kerana bentuk muka bumi yang curam.

sumber
Hahh!! macam ini lah bentuk alat itu. Kalau gunakan alat ini saya mesti pakai sarung tangan. Kalau tak jari akan melecet. Kulit jari bengkak berair. Ibu saya kata Lumpanitan. 


Sunday, April 24, 2016

HUJUNG MINGGU DI KOLAM PANCING

Jika ada masa terluang di waktu hujung mingu di kolam inilah kami anak-beranak datang bertandang. Bawa pancing dengan umpan sekali. Nak test umpan menjadi ke tidak. Kalau sang keli datan menyambar maka jadilah umpan hasil buatan dari tangan suami sendiri hehee..


Yusuf & Maryam
Dua anak kecil ini memang tak pandai duduk diam. Sampai saja di kolam..kedua-duanya main kejar-kejar keliling kolam. Jadi mummy nya juga ikutlah tekejer-kejar. Mengejar mereka berdua yang seronok berkejaran. Sedikit risau juga bila tengok mereka berdua berlari di tepi kolam.

Untuk diamkan mereka berdua dari berlari-lari.. saya minta dorang berdua bantu abang uli umpan. Tapi bukannya di uli..dijadikan guli pula. Habis hancur bertaburan di tanah oleh Yusuf dan Maryam.



Hujung minggu di kolam yang sama ada game memancing. Kcil Adam..Yang paling gemar mengikut abahnya join game memancing. Kalau boleh semua game nak dia ikut. Tak kisah siang atau malam. Panas atau hujan..dekat atau jauh. Memang kaki pancing macam abahnya. Saya tak ingat game ini yang ke berapa dah dia join. Semangat memancingnya memang tinggi. Lepas saja buang mata kail dia berdiri di situ menunggu sang keli datang mematuk umpan. Panas terik mentari dia dah tak kisah dah..


























BB Alfee.. hah yang ni abang Kcil Adam.. Dia pun suka memancing. Tapi tak suka ikut game memancing. Dia lebih suka memancing untuk suka-suka saja. Dapat ikan keli besar sudah puaskan hatinya.

Aktiviti memancing ini seronok sebenarnya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi. Seharian menanti sang ikan meragut umpan memang memenatkan. Jika umpan tak laku memang rasa kecewa. Tapi jika umpan itu kaw-kaw ngam untuk si ikan, maka di situlah kegembiraan tak terhingga. Segala penat..kecewa..bosan terhapus serta merta heheee..

Tapi apapun yang penting happy bersama dengan family di hujung minggu. Sama-sama berkongsi minat. Tak minat pun kena belajar meminatkan diri...(^^)


Friday, April 22, 2016

Enaknya Tidur

Namanya Jelita Miau... Penghibur hati kami sekeluarga. 

Aku suka dengan tikar ini. sungguh selesa.
enak tidur di buatnya...
Kalau dah mengantuk macam ini lah dia tidur hehehee.  Tak kisah mana tempat asalkan ada tempat baring yang nyaman. Kena lagi dengan cuaca yang panas sekarang ini. Memang di situ lah dia baring tertidur. Macam-macam gaya posisi tidurnya.


Jangan kacau bah!!!!....

Anak saya memang sangat suka kacau JM bila tidur. Tapi JM malas nak layan. Tidurnya di layan lebih hehe..

Saya suka sentuh  bulu-bulunya yang halus. Dia memang rajin membersihkan badannya. Dulu masa dia datang ke rumah, badannya kurus..kecil..comot dan bekurap. Kesian tengo dia. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah besar..dah cantik Jelita..dan nakal juga... (^^)

Sunday, March 6, 2016

Orkid

Bunga Orkid pemberian orang..
Orang beri saya terima..(^~^)

Mula-mula rasa dua hati nak ambil sebab risau kalau orkid ni mati. Belum pernah sebenarnya pelihara bunga orkid sebelum ini. Tapi tuan punya keratan orkid ini beria-ia nak berikan pada saya. Siap bagi pasu untuk letakkan orkid tu. Yang perlu dicari cuma sabut kelapa dan arang kayu saja lagi.

Arang saya dapat dari jiran sebelah yang baik hati. Selalu saja memberi jika dia ada. Sabut kelapa pula saya dapat dari kedai pembekal santan segar. Dapat free saja. Kedai tu bagi satu karung,..Banyakknyeerrr...hehe.. Saya ambil sikit saja. Cukup untuk menanam keratan orkid yang diberikan pada saya.




Inilah dia keratan orkid yang diberi. Saya letak ia di tempat yang redup dan siram dengan air basuhan beras. Mudah-mudahan tumbuh subur dan berbunga dengan cepat. Rasa tak sabar nak tengok bentuk bunganya macam mana.

Monday, February 29, 2016

Kaki Pancing



Bapa kaki pancing..anak pun kaki pancing.. Kira mereka berdua ini geng pancing. Mana-mana game memancing mesti bersama. Sampai saya pun dah terjangkit sama hehe..



Saya sebenarnya suka dengan suasana kolam memancing ini. Sekelilingnya hijau. Air tenang menyejukkan suasana.

Nanti ada masa saya cerita dengan korang cerita-cerita pancing kami anak-beranak ya..Pada yang masih datang ke blog saya.. terima kasih sangat-sangat.. Masih juga sudi datang jenguk sini..^^..

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...