YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, March 25, 2014

#TerusBerdoa #MH370


Walau tidak mengenali mereka yang terlibat dalam tragedi MH370 tapi rasa sayu sedih sangat hati ini mendengar berita yang disampaikan oleh PM kita bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi ini. Sama-samalah kita doakan agar semua ahli keluarga yang terlibat dalam peristiwa MH370 diberi kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi situasi sukar ini. Begitu juga para pencari dan penyelamat yang berjuang dalam misi pencarian pesawat MH370. Moga pencarian mereka dipermudahkan oleh Allah.

Sunday, March 23, 2014

Tidak Puas

Petang jumaat lalu, Kami anak-beranak balik kampung. Kampung nun dekat-dekat dengan Pekan Nabalu di sana. Hari ini balik Kota Kinabalu semula. Adik tolong hantar balik sebab suami kini sedang berada di Sandakan.

Tidak puas sebenarnya menikmati suasana kampung. Tidak puas merasa udara kampung yang segar sejuk. Tidak puas sembang-sembang dengan ibu, sembang-sembang dengan adik-adik..dengan anak-anak buah yang jarang jumpa. Dan Tidak puas melihat anak-anak yang sangat seronok bercuti di kampung. Merekalah yang paling gembira bila berada di kampung.

Anak sulung saya ada kelas tambahan isnin hingga rabu minggu depan. Jadi mesti kena balik juga walaupun hati masih ingin duduk di kampung. Kalau tiada aral melintang petang rabu nak balik kampung lagi. Teringin mahu merasa air sungai di kampung yang sejuk itu dan teringin sangat mahu ikut ibu ke kebunnya.


Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...