YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Tuesday, April 9, 2013

Rambut Hero Selepas Dua Minggu Lebih

Oleh kerana ada yang bertanya gambar Hero saya yang hampir botak akibat  Tersalah Gunting Rambut oleh Mummynya, maka saya tunjukkanlah beberapa gambarnya.  

Ini gambar rambut Hero saya selepas dua minggu lebih diptong oleh MaMaRey.  Tengah sibuk melayan adik-adiknya yang sememangnya manja dengannya.  

sedang dukung Nur Maryam

senyummm.....

Rambut kelihatan panjang sedikit selepas dua minggu lebih.  Tapi dia masih tidak puas hati sebab masih pendek katanya.   

 layan hero bongsu..

jaga adik jatuh ya..

Bila saya kata potong sikit tepi telinga, dia kelihatan teragak-agak tidak mahu saya yang menggunting rambutnya lagi..Trauma agaknya hehe..

Gambar rambut baru digunting hari itu tiada ambil.  Tidak sampai hati tangkap gambar dia bila tengok wajahnya monyok kecewa selepas rambutnya digunting.

Monday, April 8, 2013

Kasi Bersih

Apa Khabar kawan-kawan semua..Korang mesti rindu dengan MaMaRey kan... (<---perasan haha...)

Fuhh..Fuhh..aiyaaa manyak habuk wooo...Kena Kasi Bersih lepas ini.  Tepuk sikit..Wahh berterbangan segala habuk-habuk dalam blog ni..Sarang labah-labah pun banyak bergantungan sana sini hehe..Lama tinggalkan blog ini sunyi sepi tanpa sebarang entry..Cian engkau blog tidak dipedulikan oleh MaMaRey.  Ini kali kedua blog ini sunyi sepi.  

sedang buat pembersihan

Terima kasihlah kepada kawan-kawan yang datang bertanyakan khabar saya.  Terharu rasanya.  Saya okey, sihat-sihat sentiasa.  Cuma berat badan semakin bertambah disebabkan oleh hobi baru iaitu Suka Makan Ikut Suka Hati..huhu..

Okeylah korang semua pendek saja untuk kali ini.  Saya sambung kasi bersih blog dulu ya..Lepas kasi bersih dan buat susun atur sikit saya datang terjah korang okey..:)

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...