YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA

Thursday, January 31, 2013

Rumpai Laut

Pagi tadi selepas dari membawa anak ke klinik terus singgah di pasar berdekatan.  Pusing-pusing di pasar sambil menggendong anak yang beru kena cucuk jarum, ternampak pula rumpai laut.  Sebenarnya lama sudah teringin untuk membeli rumpai laut ini.  Khasiatnya yang banyak seperti menegangkan dan melicinkan kulit, menimbulkan minat saya untuk menjadikannya makanan kesukaan hati..^__^

Banyak jenis rumpai laut yang dijual di pasar tadi.  Ada yang jenis berbiji-biji ada yang juga jenis bentuknya macam ranting kayu.  Ada juga yang jenis kering dan berwarna.  Ia dijual dengan harga yang murah dan diletak dalam piring.  Rumpai laut jenis macam ranting kayu saya pernah cuba sebelum ini.
Rumpai Laut jenis berbiji-biji

Saya beli sepiring rumpai laut yang jenis berbiji-biji dengan harga RM1.  Nama jenis rumpai ini saya kurang pasti.  Cuba dulu rasanya macam mana.  Untuk menyediakannya senang sahaja.  Si penjual yang ajarkan bagaimana cara untuk menyediakannya.  Cuma perah dengan limau dan bubuh cili.  Tapi saya telah memandai-mandai dengan menambah garam dan gula hehe...

Nampak layu pula Rumpai Laut MaMaRey ini.

Boleh tahan juga rasanya rumpai jenis ini.  Saya suka kunyah biji dia.  Rasanya sedap.  Tapi kenapa pula rumpai yang saya sediakan itu nampak macam layu.. huhu...Agaknya saya telah terlalu mencucinya sehingga menjadikkannya sebegitu rupa..hehe


# Kepada kawan-kawan semua, maaf kerana tidak dapat berkunjung balas sebab kena layan anak yang baru dicucuk jarum.  

Wednesday, January 30, 2013

Melukis Tanpa Berus

Kreatif cara gadis bernama Hong Yi ini melukis potret yang besar tanpa menggunakan sebarang berus.  Beliau melukis hanya dengan menggunakan bola keranjang sebagai berus.  


Cuba tengok video di atas untuk melihat bagaimana caranya mengelecek bola semasa melukis.  View untuk video ini hampir mencecah 1 juta penonton.  Banyak lagi potret yang dilukis Oleh Hong Yi tanpa menggunakan sebarang berus seperti dibawah ini.



Chinese film director Zhang Yimou.  Dilukis menggunakan stoking.

Potret Jay Chou dilukis menggunakan kopi.

Potret Adele, penyanyi 'Set Fire To The Rain'.  Dilukis menggunakan lilin.

"Merah" Hong Yi mempamerkan potret beliau Burma aktivis Aung San Suu Kyi
Aung San Suu Kyi.  Dilukis menggunakan bunga.

Hong Yi
Hong Yi
Sedikit mengenai Hong Yi:

Gadis cantik Hong Yi yang lebih dikenali sebagai Red ini lahir di Sabah, Malaysia.  Berkelulusan  dari University of Melbourne di Australia dengan ijazah sarjana dalam Achitecture. Beliau bekerja dengan HASSELL, sebuah firma seni bina Australia yang berpangkalan di Shanghai. 
sumber: sini dan sini 

Boleh tengok banyak lagi lukisan yang dilukis tanpa berus di laman web beliau di sini.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...