YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Sambal Tempe

Menu tengahari tadi, Sambal Tempe.  Selalunya saya cuma goreng kering dan makan begitu saja.  Kali ini pula masak cara lain sikit.  Teringin mahu makan yang pedas sedikit hari ini.  Kongsi dengan korang..Semoga korang terliur walaupun nampak tidak sedap..hehehe...

Sambal Tempe
Bahan-bahan:
  1. 2 bgks tempe
  2. cili 5 biji (dipotong kecil)
  3. 5 sd bsr sos cili 
  4. 1 sd bsr sos tiram 
  5. 1 sd kecil asam jawa
  6. 4 sd bsr susu cair 
  7. 3 bj bawang merah (dihiris nipis)
  8. 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  9. gula, garam ikut rasa hati korang
Cara-Cara Memasaknya mudah saja:
  1. Tempe dihiris nipis-nipis macam pic diatas.
  2. Goreng tempe dalam minyak yang panas kemudian angakat dan toskan.
  3. Goreng bawang merah dan bawang putih dalam kuali hingga naik bau.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, asam jawa dan susu cair. Gaul hingga pekat.
  5. Masukkan tempe goreng dan cili yang telah dipotong-potong kecil-kecil.
  6. Jangan lupa masuk gula dan garam.  Ikut rasa hati korang.  Gaul sebati dan siap.

Suka makan tempe ini sebab rasa rangupnya bila digoreng dan juga berkhasiat.  Antara khasiatnya ialah boleh menurunkan kadar kolesterol, mencegah osteoporosis, mampu menurunkan tekanan darah dan banyak lagi.  Baca di sini tadi.

Friday, January 11, 2013

Sup Ayam Masak Terjun

Menu tengahari tadi, Sup Ayam Masak Terjun.  Resepi ini adalah hasil ciptaan diri sendiri..^_^..

Saja tukar menu dari goreng -mengoreng ke rebus-merebus.  Menu  yang cepat dan ringkas. Ayam semalam sudah dipotong sedia, tinggal terjunkan masuk dalam kuali sekali dengan bahan-bahan yang lain.

Sup Ayam Masak Terjun

Masukkan semua saja bahan-bahan ke dalam kuali berisi air. Ayam, serai, halia, bawang putih, bawang merah, kiub pati ayam dan serbuk perasa.  Sudah mendidih masukkan daun kucai.  Didihkan sebentar kemudian angkat dan hidangkan.  Ringkas sahaja memasaknya.  

Macam terjun mandi masuk ke dalam air, sebab itu saya namakan resepi ini Sup Ayam Masak Terjun..hehe

Saya minum dua mangkuk sup ini tadi.  Air susu pun bertambah  jadi banyak.  Minum sup merupakan salah satu tips banyakkan kuantiti air susu yang selalu saya amalkan.

Anak-anak baru balik dari sekolah tadi bertanya;

Anak: Mummy masak apa? (panggilan anak2 di rumah)
MaMaRey: Sup Ayam Masak Terjun..
Anak: hah!..tak pernah dengar lah..sedap ke?
MaMaRey: Sedaaap..Cuba lah..
Anak: nyamm..sedap lah..
MaMaRey: ^_^..terima kasih nak..

Bila dalam bab masak-memasak, anak-anak adalah juri saya..Anak nombor dua tadi komen sup ada tawar sikit..

Saturday, January 5, 2013

Kek Batik

Resepi kek yang paling ringkas, mudah dan cepat, Kek Batik.  Mungkin korang pun pernah buat resepi ini.  Resepi ini paling kerap saya buat di rumah sebab senang dibuat.  Anak-anak pun suka kek ini.  Ada yang sebut resepi ini Kuih Batik.  

Saya belajar buat Kek Batik ini dari kakak saya.  Bahan-bahan pun mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya:
  1. 1 bgks Biskut crakers 
  2. 150 g Marjerin
  3. 1/2 Susu pekat
  4. 1/2 Susu cair
  5. 4 sudu Serbuk koko & 4 sudu milo
Cara membuatnya pun mudah dan ringkas:
  1. Biskut dipatah-patahkan/dihancurkan.. 
  2. Panaskan kuali dengan api yang kecil kemudian masukkan marjerin, biarkan cair.
  3. Masukkan susu pekat, susu cair dan serbuk koko & milo.  Gaul sebati
  4. Tutup api.  Masukkan biskut.  Gaul bagi dia mesra dengan bahan-bahan tadi.
  5. Masukkan ke dalam bekas dan ditekan bagi dia padat macam dalam pic di bawah.

Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.  Biarkan sejuk supaya bila dipotong tidak hancur dan nampak cantik.  Mudahkan..:) Buat pun sekejap saja.  Anak-anak paling tidak sabar tunggu kek ini sejuk sebab tidak sabar mahu makan...hehe..


Inilah rupa bentuk Kek Batik buatan MaMaRey..Sekejap saja habis dikerjakan oleh anak-anak.  Lepas habis minta buatkan lagi...Kalau mahu rupa bentuk yang cantik kena susun satu persatu biskutnya.  Tapi saya malas mahu buat.  Masukkan terus bagi campur semua hehe...

Ok lah kawan-kawan, selamat berhujung minggu dan terima kasih melayan resepi ini..:)

Saturday, December 22, 2012

Pisang Sabah

Pisang ini jiran sebelah yang beri.  Alhamdulillah rezeki dariNYA.  Orang biasa panggil pisang ini Pisang Sabah, Pisang Nepah dan ada lagi yang saya tidak ingat namanya.  Orang kata nama Negeri Sabah ini berasal dari perkataan "saba" iaitu Pisang Sabah yang gambarnya dibawah.  


Pisang ini sedap kalau dimasak jadi pisang goreng.  Biasanya pengusaha-pengusaha gerai-gerai makanan yang menjual pisang goreng disini menggunakan pisang ini.  Tapi oleh kerana pisang ini masih mentah maka saya masak jadi kerepek pisang.  

Mudah saja buat.  Kupas kulitnya kemudian isi pisang dihiris nipis-nipis memanjang samada menggunakan pisau atau alat penghiris.  Saya tidak ada alatnya jadi hiris gunakan piasu saja.  Lepas pisang dihiris celup dengan air gula kalau mahu manis.  Kalau mahu masin celup dengan air garam.  Lepas itu goreng sampai kekuningan, angkat dan sejukkan.      

Sedap dimakan bersama keluarga sambil tengok tv atau makan semasa minum petang.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...