YwkvRmuKGCTYn_F5guLVG8pAhRA
Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Kek Batik

Resepi kek yang paling ringkas, mudah dan cepat, Kek Batik.  Mungkin korang pun pernah buat resepi ini.  Resepi ini paling kerap saya buat di rumah sebab senang dibuat.  Anak-anak pun suka kek ini.  Ada yang sebut resepi ini Kuih Batik.  

Saya belajar buat Kek Batik ini dari kakak saya.  Bahan-bahan pun mudah dan ringkas.

Bahan-bahannya:
  1. 1 bgks Biskut crakers 
  2. 150 g Marjerin
  3. 1/2 Susu pekat
  4. 1/2 Susu cair
  5. 4 sudu Serbuk koko & 4 sudu milo
Cara membuatnya pun mudah dan ringkas:
  1. Biskut dipatah-patahkan/dihancurkan.. 
  2. Panaskan kuali dengan api yang kecil kemudian masukkan marjerin, biarkan cair.
  3. Masukkan susu pekat, susu cair dan serbuk koko & milo.  Gaul sebati
  4. Tutup api.  Masukkan biskut.  Gaul bagi dia mesra dengan bahan-bahan tadi.
  5. Masukkan ke dalam bekas dan ditekan bagi dia padat macam dalam pic di bawah.

Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk.  Biarkan sejuk supaya bila dipotong tidak hancur dan nampak cantik.  Mudahkan..:) Buat pun sekejap saja.  Anak-anak paling tidak sabar tunggu kek ini sejuk sebab tidak sabar mahu makan...hehe..


Inilah rupa bentuk Kek Batik buatan MaMaRey..Sekejap saja habis dikerjakan oleh anak-anak.  Lepas habis minta buatkan lagi...Kalau mahu rupa bentuk yang cantik kena susun satu persatu biskutnya.  Tapi saya malas mahu buat.  Masukkan terus bagi campur semua hehe...

Ok lah kawan-kawan, selamat berhujung minggu dan terima kasih melayan resepi ini..:)

Saturday, December 22, 2012

Pisang Sabah

Pisang ini jiran sebelah yang beri.  Alhamdulillah rezeki dariNYA.  Orang biasa panggil pisang ini Pisang Sabah, Pisang Nepah dan ada lagi yang saya tidak ingat namanya.  Orang kata nama Negeri Sabah ini berasal dari perkataan "saba" iaitu Pisang Sabah yang gambarnya dibawah.  


Pisang ini sedap kalau dimasak jadi pisang goreng.  Biasanya pengusaha-pengusaha gerai-gerai makanan yang menjual pisang goreng disini menggunakan pisang ini.  Tapi oleh kerana pisang ini masih mentah maka saya masak jadi kerepek pisang.  

Mudah saja buat.  Kupas kulitnya kemudian isi pisang dihiris nipis-nipis memanjang samada menggunakan pisau atau alat penghiris.  Saya tidak ada alatnya jadi hiris gunakan piasu saja.  Lepas pisang dihiris celup dengan air gula kalau mahu manis.  Kalau mahu masin celup dengan air garam.  Lepas itu goreng sampai kekuningan, angkat dan sejukkan.      

Sedap dimakan bersama keluarga sambil tengok tv atau makan semasa minum petang.

Friday, November 30, 2012

Lamban

Nyam..nyam..Lamban..Ini salah satu masakan kesukaan hati. Baru-baru ini bertandang ke rumah adik ipar. Biasanya lamban ini dibuat masa Hari Raya tapi adik ipar teringin sangat mahu makan lamban jadi mamanya pun masakanlah.  

        lamban dan kuah kacang        sedap dimakan dengan kuah kacang

Sampai kat rumah adik ipar, lamban sudah pun siap dimasak.  Tinggal kuah kacangnya saja sedang diproses.

Ibu mertua saya memang pandai masak lamban.  Rasanya lemak-lemak.  Lamban ini dibuat daripada beras pulut. 

Dibungkus dengan daun kelapa selepas beras pulut ditanak separuh masak dalam santan yang dicampur  garam.  Lepas itu dierebus selama 2 jam.  Memang sedap rasanya.  Makan sekali mahu tambah dua tiga kali hehehe..

Kuah kacang ibu mertua

Sedap kalau dimakan bersama kuah kacang, kari daging, kari ayam atau rendang atau yang seangkatan dengannya.  

Pernah sekali masa raya dulu buat lamban dengan ibu mertua tapi jadi tukang bungkus saja.  Kalau bab masak belum  lulus..:D

Saturday, November 24, 2012

Singkong

Ubi kayu yang direbus.
Anak-anak suka makan campur dengan gula yang dikisar halus.

Singkong atau ubi kayu atau nama saintifiknya Manihot Esculenta Crantz(berbelit lidah).  Sedap dimakan bersama dengan ikan masin, sambal bilis atau ikan bakar waktu panas-panas.  

Orang kata ubi kayu yang diparut boleh mengubati luka.

Cerita Lalu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...