Pages

Monday, December 22, 2014

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat

Aktiviti hujung mingu kami anak beranak minggu lalu. Buat Aiskrim Goreng perisa Vanilla Coklat. Sangat mudah nak buat. Bahan-bahannya pun simple saja.

Bahan-bahan untuk membuat Aiskrim Goreng Vanilla Coklat macam di bawah ini.


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Bahan-bahan Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
  • Aiskrim perisa Vanilla Coklat
  • Roti
  • Sudu
  • Gelas
Cara-cara

Cara-cara untuk membuatnya. Mudah saja. Ikut langkah-langkah macam gambar atas ini. Ambil aiskrim dengan sudu dan letak di tengah-tengah atas roti. Aiskrim agak-agak dalam satu sudu. Kalau banyak koyak pula roti tu. Kemudian tutup aiskrim tu dengan sekeping roti lagi. Selepas itu ambil gelas tekan ngam-ngam pada permukaan tengah roti tersebut. Tekan, pusing-pusing kan sikit sampai putus roti tu. Gunakan gelas yang nipis badannya supaya roti mudah putus.Selepas itu tekan-tekan bahagian tepi roti tu dengan sudu. 


Masukkan dalam freezer
Masukkan dalam freezer

Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Di bahagian freezer. Yang ini malam ahad buat. Esok pagi baru digoreng. Tunggu anak-anak pulang dari main futsal baru nak digoreng. ^^

Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Goreng dengan minyak yang panas


Kalau nak menggorengnya minyak kena betul-betul panas baru masukkan aiskrim goreng. Gunakan minyak yang banyak.  Goreng sekejap saja. Dalam beberapa saat saja. Nampak dah kekuningan angkat cepat-cepat. 



Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Yummy yumm..Panas rangup diluar, Sejuk enak di dalam.. 

Hero bikin..Mummynya goreng..^^
Dah goreng jangan kasi biar lama-lama. Nanti cair aiskrim di dalam. Ndak sedap nanti. Lepas goreng, hidang dan makan. 


Aiskrim Goreng Vanilla Coklat
Gigih membentuk
Buat aktiviti  masak-memasak dengan anak-anak memang menyeronokkan. Riuh rendah dibuatnya. Ada yang roti tak putus.. roti koyak..aiskrim terkeluar..ada juga yang sambil buat sambil curi-curi aiskrim masuk mulut..hehe... Dan lagi seronok bila melihat mereka makan dengan rasa puas hatinya hasil dari tangan mereka sendiri.

Tuesday, December 16, 2014

Kirim Barang Guna Bas

Sabtu lalu saya kirimkan barang oder untuk sahabat yang berada di Sandakan.  Ini pertama kali bagi saya mengirimkan barang menggunakan khidmat Bas Besar dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Belum ada pengalaman lagi macam mana prosesnya. Ada juga dapat info dari kawan-kawan kalau nak kirim barang guna bas kena pergi ke terminal bas tersebut.

"hmmm..masukkan dalam kotak saja dulu lah, mungkin mau kena chek lagi"


Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam

Terminal Bas Bandaraya, Inanam. Bas Dari Kota Kinabalu menuju ke arah destinasi sebelah utara. Bas ke Sandakan, Tawau, Semporna dan juga Lahad Datu boleh didapati di sini. Seawal jam 7 pagi sudah ada bas yang memulakan perjalanan.

Sampai Terminal bas terus ke kaunter Bas SIDA. Staf di kaunter itu pula bawa kami ke kaunter Bas Tung Ma. Cik adik di kaunter tu suruh packing betul-betul dulu baru hantar ke kaunter semula. Ingatkan nak kena chek dulu. Sebab tu saya tak packing betul-betul. Suami pun tanya..

"kenapa nda di gam awal-awal"

"ingatkan durang mau chek lagi bah"

Kaunter Bas Tung Ma

Gam solatape saya beli di kedai berdekatan dengan terminal. Lepas siap gamkan kemas-kemas baru hantar ke kaunter tadi. Kos pengangkutan cuma RM5. RM10 pula untuk barang yang packingnya lebih besar. Boleh dibayar sedia oleh pengirim ataupun penerimanya semasa nak mengambilnya nanti. Kira murah lah juga kosnya.

Nama,  alamat dan juga nombor handphone penerima ditulis pada kotak kiriman saya. Penerimanya pula nanti kena ambil sendiri di terminal. Kaunter di sini dibuka dari jam 7am - 8pm. Samalah juga dengan di Sandakan. Kiriman saya ikut bas yang bertolak jam 10 pagi. Tak sempat dengan bas jam 9 pagi. Tapi tidak mengapa yang penting sampai ke destenasinya. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan kiriman saya telah pun sampai kepada pemiliknya ahad lalu..^^

Wednesday, December 10, 2014

Pi1M



Pi1M


Banyak benda baru saya dapat belajar di sini, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M). Antara program yang disediakan di sini  ialah Latihan Keusahawanan. Diberi secara percuma.                                                                                                                                      

Monday, December 8, 2014

Memancing Ikan

Kalau tiada halangan setiap kali hujung minggu suami dan dua orang Hero saya akan pergi memancing. Pergi memancing bersama dengan "Geng Mansing" suami. Selalunya mereka memancing pada waktu malam. Lokasi mereka memancing ialah di Sepanggar ataupun di UMS.

Setiap kali dapat ikan suami mesti kirimkan gambar melalui Whatsapp. Tak kisah dah lewat malam, gambar kegembiraan anak-anak suami hantar. Seronok melihat anak-anak angkat pancing bagi tengok ikan yang mereka dapat. Segar balik dari tidur hehe..

Ikan Utik
Ikan Utik, ikan pertama Hero kedua saya malam semalam semasa memancing ikan di Sepangar.  Suami suruh masak asam pedas ikan ni. Kawan suami kata masak lemak pun sedap. Korang pula biasa masak apa ikan ini..?


Ikan MJ
Hero sulung saya. Dapat seekor ikan MJ. Ini kira ikan pertama yang dia dapat sepanjang dia memancing. Selalunya balik kosong sahaja. Malam semalam rezeki menyebelahi dia. Terkejut sedikit bila pancing mengena, katanya.

Saya paling suka bila dengar anak-anak bercerita pengalaman mereka memancing. Sambil menyiang ikan sambil mendengar mereka bercerita. Kadang-kadang ikan terlepas, mata kail menyangkut ataupun putus, umpan habis di makan tapi ikan tak sangkut dan macam-macam lagi. Ada sekali anak ceritakan "Abah dapat ikan macam berus tandas"...Hehe...Gambar tak ada ambil. Teringin juga nak melihat rupa bentuk ikan itu. Macam mana lah agaknya rupa ikan tu.

Pengalaman memancing yang menyeronokkan buatkan anak-anak saya tidak sabar menunggu hujung minggu.Walaupun menunggu lama ikan mengena.  Kadang-kadang dapat ikan cuma seekor dua. Kadang-kadang tak ada. Yang paling seronok kata anak-anak saya ialah bila si ikan menyambar umpan dan menyangkut. Tarik pancing, lawan kuat dengan ikan..^^

Tuesday, December 2, 2014

Apa Khabar

Apa khabar korang semua. Lama tak mengupdate blog. Rindu dengan korang semua. Rindu nak BW. Rindu baca entry-entry korang. Harap korang semua sentiasa dalam keadaan yang baik-baik. Sihat sentiasa. Gembira sentiasa ^^. MaMaRey di sini sentiasa sihat. Macam biasalah sibuk dengan  urusan harian sebagai seorang surirumah..dengan anak-anak yang masih kecil, Bertambah sibuk lagi dengan kehadiran si kecil comel, Noah. Penyeri suasana. Anak bongsu kakak yang dihantar ke rumah saya.

Tak banyak yang nak ditulis sekadar bertanya khabar korang semua. Sahabat Blogger ku..Sahabat alam Maya ku. Mau menulis panjang tapi masa ndak banyak. Maafkan saya kerana lama tidak membalas jejak korang semua. Nanti saya palan-palan datang jenguk blog kamurang ya. Terima kasih kerana masih lagi sudi jadi sahabat saya ^^...