- Beri ubat demam mengikut sukatan dan jenis ubat yang telah disarankan oleh doktor.
- Bagi mengelakkan dehidrasi, berikan cecair seperti air dan jus buah-buahan sekerap mungkin. Bagi bayi menyusu badan susukan sekerap mungkin.
- Sentiasa lap badan anak anda dengan kain basah yang diperah. Lap bahagian dahi, muka dan di celah-celah bahagian badan anak anda seperti celah lengan dan kaki.
- Pakaikan anak anda pakaian kapas yang nipis. Jangan selimutkan dengan selimut yang tebal atau membalut badan anak anda untuk mengurangkan suhu badan.
- Beri anak anda makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan sup untuk menambah tenaga juga cecair dalm tubuh mereka. Jangan beri makanan berlemak kerana ianya sukar dihadam.
- Elakkan anak anda dari terdedah angin sejuk. Suhu normal atau suhu bilik adalah baik untuk anak demam.
- Jangan biarkan anak anda tidur bersendirian agar anda dapat bertindak segera jika suhu badan terlampau tinggi.
- Suhu badan normal ialah 37 darjah celcius jika melebihi 39 darjah celcius boleh menyebabkan sawan atau ketegangan urat saraf yang boleh menyebabkan kecacatan kekal. Oleh itu sentiasa awasi suhu badan anak anda ketika demam.
Pages
▼
Tuesday, October 23, 2012
Tips Menjaga Anak Demam
Kongsi tentang tips bagi anak makan ubat. Semoga bermanfaat.